Review

Ulasan: Avengers: Infinity War (2018)

Selepas berpecah akibat perbalahan dalam Captain America: Civil War (2016), Avengers terpaksa bersatu kembali untuk menentang musuh paling kuat, Thanos yang ingin mengumpul semua enam Infinity Stones untuk menguasai alam semesta.

Bukan mudah untuk Joe dan Anthony Russo mengarah filem yang perlu memuatkan semua watak penting dalam satu filem, namun itulah yang berlaku dalam filem ini apabila jelas mereka hilang fokus tidak seperti cara mereka menangani banyak karakter dalam Captain America: Civil War (2016).

Mereka membuang banyak masa memperkenalkan superhero satu sama lain dan banyak perkenalan itu agak awkward. Ramai juga watak-watak dibazirkan hanya sekadar kameo tidak berkepentingan. Masalah terbesar adalah opening filem ini seolah-olah seperti di arah Taika Waititi membuatkan anda kurang pasti perlu ambil serius atau tidak.

Tidak dinafikan filem ini punyai pertempuran paling hebat dalam sejarah filem Marvel, banyak perkara berlaku serentak namun semua aksi kelihatan jelas dan cantik atas skrin. CGI terhebat dapat dilihat melalui sut Iron Man dan Spider-Man. Setiap gajet dan senjata dari mereka berdua amat mengagumkan. Sinematografi Trent Opaloch juga banyak membantu mencantikkan babak aksi terutama shot aerial serangan di Wakanda.

Perkara menjadi sedikit serabut apabila penulis layar Christopher Markus dan Stephen McFeely cuba meletak beberapa subplot yang tak ubah seperti side quest yang mengganggu pacing penceritaan. Sebagai contoh, percintaan Vision dan Scarlet Witch menjadi sangat hambar walaupun ambil masa panjang untuk establish percintaan mereka.

Sejak muncul dalam The Avengers (2012), Thanos kerapkali memberi ancaman kepada seluruh galaksi membuatkan dia musuh amat digeruni tetapi tiada weight dalam ancamannya akibat masalah dalaman marketing Marvel sendiri yang berseloroh mengumumkan perkembangan Phase 4. Ini dan konsep “tiada siapa yang kekal mati kecuali Quicksilver”, membuatkan anda tak rasa sedih atau risau dengan kematian watak kesayangan.

Leave a Reply